BERKLEY DREDGER CRANKBAIT [BAHASA MELAYU]

Salam sejahtera semua,

Pada bulan Mei yang lepas,siri hardbait terbaru dari Berkley telah mula masuk ke pasaran Malaysia.Siri hardbait tersebut telah berada di pasaran US selama lebih kurang setahun dan terbukti berkesan bagi pemburuan spesis gamefish utama disana iaitu Largemouth Bass.

Terdapat pelbagai model hardbait dalam siri tersebut dimana setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza.Antara model hardbait dalam siri tersebut adalah Berkley Dredger,Digger,Wild Thang,Cutter 90,War Pig dan Bad Shad.Setiap model ini mempunyai cara renangan berbeza,kedalam selaman berbeza dan saiz berbeza untuk digunakan pada situasi berbeza.Pilihan utama saya dari siri ini adalah Berkley Dredger yang akan menjadi subjek artikel ini.

 

Kenapa Berkley Dredger?

1.Selamannya yang curam & cepat (Mudah untuk sampai ke zon sasaran & kekal disana)

2.Bibirnya mempunyai sebuah pemberat yang membantu selaman (Rujuk point 1)

3.Rekabentuk badannya juga membantu untuk meningkatkan kebolehan selaman

4.Pilihan warna yang menarik

5.Castability bagus / sesuai untuk longcast

6.Sesuai untuk memangkah/memintas Toman ketika sight cast

7.Aksi renangan yang stabil dengan single hook upgrade,treble hook upgrade dan juga hook standard.

8.Hook standard yang tajam (Berkley Fusion 19 – sesuai untuk Peacock Bass)

9.Slow rise – kebolehan mengapung secara perlahan apabila dihentikan membantu mengurangkan risiko sangkut pada struktur

10.Harga yang berbaloi

11.Saiz yang kecil dan kebolehan menyelam yang baik tidak menyebabkan rasa penat selepas seharian menggunakannya

 

Saya tidak akan mengupas tentang sejarah disebalik design Berkley Dredger tetapi saya akan mengupas tentang kelebihannya dan pengalaman saya dalam menggunakannya.

Berkley Dredger terdapat dalam pelbagai saiz daripada 10.5 (5.7cm) sehinggalah 25.5 (8.2cm).10.5 dan 20.5 merujuk kepada saiznya dan kedalaman maksimum selaman iaitu 10.5 kaki dan 20.5 kaki.Saiz model Dredger yang dibawa masuk ke Malaysia hanyalah 10.5 (5.7cm,11.5gram).

Model Dredger 10.5 mempunyai kedalaman selaman maksimum 3.5meter.Dengan menggunakan tali halus seperti tali braided dengan diameter rendah,saya pasti kedalaman selamannya dapat ditingkatkan.

Ketika pertama kali melihat crankbait ini saya terus meletakkannya dalam senarai untuk menduga Blackbass (Lutjanus Goldiei) dan Siakap Merah/MJ di Sabah namun kelewatan mendapatkannya menyebabkan saya tidak dapat menguji kebolehannya dalam memburu spesis rakus di muara.Saya kemudian mengalihkan rancangan untuk menggunakannya di Royal Belum dan saya berpuas hati.Saya membawa dua biji Berkley Dredger ke Royal Belum untuk memburu Toman dan Sebarau.Saya telah menukar mata kail asal kepada single hook yang lebih kuat dan untuk yang kedua saya menukar kepada treble hook 4x.Kedua-dua crankbait tersebut tidak menunjukkan sebarang masalah untuk karauan perlahan,sederhana perlahan dan laju.

Antara kenangan manis saya dengan Dredger adalah kejayaan memecah rekod sebarau peribadi dan juga mendapat satu-satunya sambaran toman untuk diri saya di Royal Belum.Walaupun kumpau toman saya berpuas hati berjaya mendapat sambaran rakus.Ketika masuk ke satu kawasan teluk untuk sight cast toman,beberapa ekor toman timbul mengambil udara namun agak malu dan cepat menghilang.Selepas 20-30 minit berdiri saya terdengar bunyi toman timbul betul-betul di hadapan bot dan merasakan sudah terlambat.Saya membaling crankbait saya secara bersahaja walaupun sudah beberapa saat.Saya memikirkan toman tersebut telah menyelam dalam namun sebaik Dredger hilang dari pandangan,ia terus dihentam dengan rakus walaupun gagal hook up.Kemungkinan reaksi saya yang terkejut dan tidak menyembat menyebabkan matakail 4x tidak menembusi rahang keras toman.Ketika itu saya menggunakan setup Medium Heavy dengan tali 30lb dan leader 40lb.Kebolehan renangan Dredger tidak terjejas.

Di satu teluk yang lain pula saya menyasarkan sebarau dengan menyasarkan tebing berbatu dan berstruktur (buluh,pokok dalam air).Bot diletakkan selari dengan kawasan sasaran tersebut dan crankbait dikarau amat laju untuk mendapatkan kedalaman maksimum dalam cubaan menarik perhatian sebarau keluar.Saya menggunakan setup finesse dengan tali Berkley Vanish Fluorocarbon 15lb untuk mendapatkan kedalaman maksimum walaupun berisiko tewas sekiranya sebarau kasar menghentam gewang saya.Setelah beberapa cubaan saya berjaya memecahkan rekod peribadi dengan sebarau berskala satu kilo.Pada hari yang sama juga saya berjaya mendapatkan sambaran rakus di tepi bot ketika melihat sekumpulan sebarau bermain air agak jauh.Kumpulan tersebut kelihatan seperti saiz idaman.Cubaan long cast tepat ke sasaran dan saya terus mengarau laju sehingga ke tepi bot.Seekor sebarau yang cuba menyambar di tepi bot tidak mengena pada single hook.Mungkin bukan rezeki saya.Banyak lagi yang boleh diceritakan,namun saya akan tamatkan review saya disini.Untuk tips penggunaan Berkley Dredger,anda boleh menyambung bacaan di bawah.Pada ketika ini rancangan saya dengan Berkley Dredger adalah untuk menduga spesis penghuni kawasan pantai dan tembok berbatu di Bintulu.Spesis air tawar seperti sebarau juga dalam senarai..hehe.

Tips penggunaan Berkley Dredger:

-Gunakan mainline dengan poundage rendah/diameter kecil untuk kedalaman selaman maksimum supaya ia kekal di kawasan strike zone lebih lama

-Aksi renangan lebih stabil dan kedalaman renangan lebih bagus dengan menggunakan single hook

-Karauan laju berserta ‘jerk’ atau sentapan akan membuatkan Dredger menyelam lebih dalam pada beberapa ketika dan teknik ini sesuai untuk sebarau

-Untuk trolling anda juga boleh menambah satu dua ‘jerk’ bagi membuatkan Dredger menyelam lebih dalam

-Untuk Peacock Bass,gunakan karauan perlahan dan berhenti satu dua saat sebelum menyambung karauan.Ulang sehingga anda mendapat sambaran. (Sasarkan kawasan ambush point bagus seperti tebing samai,drop off,struktur)

-Karauan perlahan dan berhenti ketika melanggar struktur membolehkan Dredger terapung dan terhindar dari tersangkut.Teknik ini juga popular untuk mendapatkan sambaran dari spesis seperti Peacock Bass dan haruan yang bertindak balas apabila gewang melanggar struktur.

-Untuk sight cast toman,baling sedikit jauh dari kawasan toman timbul dan karau perlahan.Kebolehan selaman Dredger yang amat baik akan memintas dihadapan toman tersebut.

-Untuk memburu sebarau jeram,gunakan tali dengan diameter kecil bagi mengurangkan rintangan air dan meningkatkan kedalaman selaman.

 

Sekian dari saya,terima kasih kerana membaca dan jumpa lagi di artikel akan datang.

19702867_10212209029193452_2698294785750206027_oA

Fantastic Air Kuning Giant Snakehead/Toman by Dr.Kelvin Khaw.Thank you for the pic!